SEJARAH PENUBUHAN
KENSHIDO INTERNATIONAL ditubuhkan oleh Mr Jason Kok (Presiden dan Group CEO) pada tahun 1999 dan dahulunya dikenali sebagai EDU-2U PORTAL SDN. BHD. Di Malaysia, KENSHIDO INTERNATIONAL merupakan pelopor dalam bidang e-pendidikan pada tahun 1999, di mana pada tahun 1999, e-pendidikan merupakan sesuatu yang sangat baru. Dalam fasa pembangunan dan penyelidikan Score A Programme™ yang bermula pada tahun 1999, syarikat telah memperuntukkan sebanyak RM 4.5 juta dan proses pembangunan dan penyelidikan ini mengambil masa 3 tahun.
Bermula pada tahun 2002, 14 buah sekolah di Malaysia telah dipilih sebagai "Pilot Project School" bagi menguji keberkesanan Score A Programme™ yang diberikan secara percuma kepada sekolah sekolah yang terlibat. "Pilot Project" ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah projek ini dijalankan berperingkat-peringkat selama 3 tahun iaitu dari tahun 2002 hingga 2005, keputusan yang diperolehi amat membanggakan. 93% para pelajar daripada "Pilot Project School"yang telah menggunakan Score A Programmme™ telah mendapat keputusan yang cemerlang 5A di dalam peperiksaan UPSR dan 8A di dalam peperiksaan PMR
KEBANGKITAN KENSHIDO INTERNATIONAL
Setelah mendapat pelbagai pengiktirafan dan prestasi yang memberangsangkan hasil daripada "Pilot Project" yang dijalankan bermula pada tahun 2002, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas di Malaysia. Konsep pemasaran jaringan (Network Marketing) digunakan untuk memberi pendedahan optimum kepada masyarakat di Malaysia tentang kewujudan produk e-pendidikan yang terulung ini di samping membuka peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf ekonomi. Berteraskan kepada kepentingan dan keperluan pendidikan, peluang perniagaan secara jaringan ini mampu memberi satu nafas yang baru kepada para pengedar yang telah menyertai KENSHIDO INTERNATIONAL sebagai rakaniaga. Pelan bonus dan insentif yang lumyan telah direka bagi membantu para pengedar mencapai impian mereka sekaligus merubah taraf ekonomi selaras dengan motto KENSHIDO INTERNATIONAL, "Impian Anda, Visi Kami" .


